Imbauan Sejarah SK Selayang Jaya

Ditubuhkan pada 4 Jan. 1988 dengan bilangan murid seramai 849 orang, 25 orang guru dan 17 buah kelas meliputi tahun 1 hingga tahun 6.

Sebelum Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya ini dibuka murid-murid tersebut telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selayang. Kedua-dua sekolah ini sangat jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka memerlukan sebuah sekolah yang lebih dekat. Atas permintaan penduduk-penduduk disekitar Taman Selayang Jaya ini kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah sekolah disini. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.


Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya terletak dikawasan perumahan yang dikenali dengan nama Taman Selayang Jaya, di dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan


Di sekeliling taman ini terdapat beberapa taman perumahan lain seperti Taman Selayang Utama, Taman Bidara, Taman Selayang Indah, Taman Selayang Bahagia , Taman Seri Melati, Taman Desa Bakti, Taman Wilayah Selayang, Taman Intan Baiduri, Taman Bukit Idaman dan dua buah petempatan lama Kampung Selayang Pandang dan Kampung Selayang Bahagia.


Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai pelbagai kemudahan baik dari segi pasarana, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti luar sekolah. Hasil daripada komitmen jitu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta kreatif, pelbagai kejayaan telah dikecapi baik dari segi akademik dan kokurikulum, namun kebajikan dan kepentingan para pelajar tetap diutamakan. Kini sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai 570 orang pelajar dari pelbagai kaum. 58 orang daripadanya adalah murid-murid pendidikan khas dan 25 orang murid Prasekolah.



SENARAI GURU BESAR

  1. En. Abdul Rahim bin. Abu Bakar (1988-1989)
  2. Tn. Haji Aminuddin bin. Muhammad (1990-1997)
  3. Pn. Siti Rahmah bt. Buhairah (1997-April 2003)
  4. Pn. Jamilah Abd. Rahman (Jun 2003-FEB 2010)
  5. En. Kamis Bin Md Nor (Mac 2010-Mei 2012)
  6. En. Taufek Bin Mohamed (Jul 2012-Kini)

No comments:

Post a Comment