Social Icons

Featured Posts

TERKINI

  • Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti Kokurikulum akan ditangguhkan buat sementara waktu. Aktiviti akan diteruskan seperti biasa selepas Hari Raya Aidilfitri.

  • Kejohanan Balapan Dan Padang SK Selayang Jaya Kali ke 24 Tahun 2013 yang dijadualkan pada 30 Jun 2013 akan ditangguhkan berikutan masalah jerebu. Tarikh kejohanan akan dimaklumkan kemudian.

Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Selangor

Dimaklumkan bahawa murid-murid Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Selangor pada 16-18 Julai 2013. Jadual peperiksaan adalah seperti berikut :





*klik imej untuk saiz lebih besar





Pemberitahuan Waktu Persekolahan Ganti Ekoran Jerebu

Berikut adalah makluman tentang waktu persekolahan ganti ekoran jerebu yang melanda Negeri Selangor pada Hari Isnin, 24 Jun 2013 yang lalu.



Diharap ibu-bapa dapat menguruskan pengangkutan anak-anak pergi dan pulang sekolah.

Hari Terbuka SK Selayang Jaya & Hari Bertemu Pelanggan PIBG

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Hari Terbuka untuk ibubapa/penjaga dan Hari Bertemu Pelanggan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Julai 2013
Masa : 8.30 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Darjah
Pakaian : Sopan

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar ibu-bapa dapat menghadirkan diri pada hari tersebut untuk mengambil kad laporan dan berbincang mengenai pencapaian prestasi akademik anak tuan/puan.


Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013

Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkaitan "Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal".

Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengumumkan bahawa tafsiran Indeks Pencemar Udara (IPU) atau Air Pollutant (API) adalah seperti berikut :



Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah dimana sekolah itu berada :
  1. Jika IPU melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.
  2. Jika IPU melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.
  3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.
  4. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my/apims/)
  5. Murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung (nasal mask) dan banyak minum air.
  6. Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital yang berhampiran.
  7. Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak mereka ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini.
  8. Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.
Surat siaran berkenaan boleh dimuat turun disini.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi En. Zulkefli Bin Othman (Penolong Pegawai PPD Gombak) di talian 03-3147624 atau hubungi pihak sekolah di talian 03-61385270

Suara Jaya , Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2013


Alhamdulillah, pasukan nasyid Suara Jaya dari SK Selayang Jaya, telah dinobatkan sebagai Naib Johan peringkat kebangsaan pada tahun ini dengan beza markah 0.03% di belakang johan. Pasukan nasyid Suara Jaya ini julung-julung kalinya menjuarai pertandingan nasyid di peringkat daerah, berjaya menjadi johan peringkat negeri dan meneruskan kecemerlangan di peringkat kebangsaan dengan merangkul Naib Johan Kategori Sekolah Rendah. Lebih menarik lagi apabila lagu ciptaan Al Fadhil Ustaz Asri berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik di peringkat daerah dan negeri. Apapun kejayaan pasukan ini bukan sahaja menaikkan nama SKSJ, Daerah Gombak, malah turut mengakhiri kemarau pencapaian Selangor dalam FNSS kebangsaan ini sejak tahun 2008.

Persembahan Suara Jaya dalam festival tersebut boleh disaksikan di Suara Jaya, Naib Johan Festival Nasyid KPM Peringkat Kebangsaan 2013 (Sek Ren)

Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM peringkat kebangsaan kali ke-9 ini telah diadakan di Dewan Konvokesyen, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah pada 21-24 Jun 2013. Keputusan bagi kategori Sek Ren :

JOHAN : Kedah (68.07%)
NAIB JOHAN : Selangor (68.04%)
KETIGA : Perlis (65.4%)



Segulung penghargaan dan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu pasukan nasyid Suara Jaya.