Suara Jaya , Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2013


Alhamdulillah, pasukan nasyid Suara Jaya dari SK Selayang Jaya, telah dinobatkan sebagai Naib Johan peringkat kebangsaan pada tahun ini dengan beza markah 0.03% di belakang johan. Pasukan nasyid Suara Jaya ini julung-julung kalinya menjuarai pertandingan nasyid di peringkat daerah, berjaya menjadi johan peringkat negeri dan meneruskan kecemerlangan di peringkat kebangsaan dengan merangkul Naib Johan Kategori Sekolah Rendah. Lebih menarik lagi apabila lagu ciptaan Al Fadhil Ustaz Asri berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik di peringkat daerah dan negeri. Apapun kejayaan pasukan ini bukan sahaja menaikkan nama SKSJ, Daerah Gombak, malah turut mengakhiri kemarau pencapaian Selangor dalam FNSS kebangsaan ini sejak tahun 2008.

Persembahan Suara Jaya dalam festival tersebut boleh disaksikan di Suara Jaya, Naib Johan Festival Nasyid KPM Peringkat Kebangsaan 2013 (Sek Ren)

Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM peringkat kebangsaan kali ke-9 ini telah diadakan di Dewan Konvokesyen, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah pada 21-24 Jun 2013. Keputusan bagi kategori Sek Ren :

JOHAN : Kedah (68.07%)
NAIB JOHAN : Selangor (68.04%)
KETIGA : Perlis (65.4%)



Segulung penghargaan dan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu pasukan nasyid Suara Jaya.

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH. Hari 11 sekolah lagi telah mengesahkan jemputan ceramah motivasi. Sesiapa yang berminat untuk mengadakan ceramah motivasi untuk anak didik tersayang boleh lawati http://wwwmteam.blogspot.com/ ‪#‎cikgu‬ ‪#‎sekolah‬ ‪#‎guru‬ ‪#‎pibg‬ ‪#‎belajar‬ ‪#‎motivasi‬ ‪#‎ipt‬ ‪#‎remaja‬ ‪#‎prs‬ ‪#‎sahabat‬ ‪#‎ibu‬ ‪#‎panitia‬ ‪#‎pendidik‬ ‪#‎bimbingan‬

    ReplyDelete