Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013

Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal 

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkaitan "Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal".

Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengumumkan bahawa tafsiran Indeks Pencemar Udara (IPU) atau Air Pollutant (API) adalah seperti berikut :



Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah dimana sekolah itu berada :
  1. Jika IPU melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.
  2. Jika IPU melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.
  3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.
  4. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my/apims/)
  5. Murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung (nasal mask) dan banyak minum air.
  6. Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital yang berhampiran.
  7. Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak mereka ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini.
  8. Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.
Surat siaran berkenaan boleh dimuat turun disini.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi En. Zulkefli Bin Othman (Penolong Pegawai PPD Gombak) di talian 03-3147624 atau hubungi pihak sekolah di talian 03-61385270

No comments:

Post a Comment